Menangis Sampai Pucat..!!!!!

Fuhh... Hari ni memang 1 pengajaran buat sy, hari nih 28Hb 5 2011, Last sy susu my son Syabil 8 bulan  Pukul 2.00pm, Pukul 3 sampai  4 sy dan husband mengemas rumah, saje boring2 nak renovation sikit keadaan dlm rumah tu, Pukul 5 sampai 6 kmi rehat2 tengok TV, dalam hati "Syabil happy je lg tu tak yah nenen kan die lg laaa".... Lepastu baru sebok nak Botak kan kepala Syabil..!! Masih tak susukan si Syabil, "Botakkan syabil mandi2 kan dia baru nenen kandie la... die pon ok lagi tak merap pon". Selesai botakkan kepala c syabil dah mandikan die, konon nak botakkn husband la pulak, Syabil dah mula Merengek nak d dukung d layan je (Nak nenen) tak jd nak potongkan rambut husband.. Die botakkan la kepala die sendiri, sy pon nak dukung la syabil yg dah mula bebunyi2 hek hek hek..Husband mintak tolong ambilkan Paper nak isikan rambut Syabil yg dah d potong, sy pun tak jd angkat syabil terus beralih dari Syabil nak pegi dapatkan paper, Syabil pon mula mengis dgn kuat smpai die tak tarik nafas..!! Sy tengah ambik paper tu tiba2 terdetik d hati "Hai lamenyer anak aku tarik nafas..!! smpai takberbunyik2 nih" Sy jenguk2 die....................... Dah Biruuuuu Pucatttt..!!!! Sy terus sambar Syabil dukung dia Sambil Menjerittt "KANDE...!!!!" "Syabil...Syabilll A Syabilll " Syabil Dah lentok Dengan Wajah yg Pucat... Die buka mata die Terkebil2 keadaan die lemah.. Sy penik time tu dan2 suap air dekat Syabil, Syabil minum die ok sikit, Husband pon datang "kenape..!! Kenape ni..??" Fuhh Nasib Baik Husband tak sempat menyaksikan keadaan Syabil sampai terlentok tu, Sy terus citer kat Husband Keadan Syabil td... Dapat la leteran Dari Husband (Pok pek pok pek) Sy Susukan Syabil Die pon tidur.... Alhamdulillah.... Tapi..!! Lepas Syabil baggun tidur, die mula main2 makin buas lg tak reti duk diam mengada2... Menguji Betulll mentang2 Die dah bg Bonde die Trauma... Bonde die dah takut biar die nangis.. Die Punya Mengada-ngada.... Tp Bersyukur sangat Syabil ok dan selamat... Hal ni betul2 bg pengajaran pada sy. Syabil Bonde Mintak Maaf. Syabil tentu marah sangat hingga die tekat nagis smpai takmau tarik nafas.... (Don'n Make Your Baby Angry......... Dangerous..!!!) 

Hari Ibu Adalah HARAM..!!!

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.   Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.   Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.   Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.   Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.   Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei