Bila dengar je bersalin operate sure semua tak nak.. tentu nak besalin normal kan.... tp tu lah allah lebih mengetahui dari apa yg kita ketahui.. sy memang prepair nak bersalin normal tp tak sangka2 sy bersalin Operate. ade baik dan buruknya bersalin Operate dan Normal, mengikut pengalaman bersalin Operate yang sy lalui alhamdulillah tak seteruk seperti cerita2 yang sy dengar dari org lain or kekawan... ade yg kata tak boleh bertungku, tak boleh bebarut, pantang besalin operate lain kesimpulannya semuanya payah la :) tp apa yg saya lalui alhamsulillah tak seteruk itu. sy boleh Bertungku, boleh Berbarut dan sy pantang mcm org besalin Normal juga... Besalin Operate perlu berbarut. Sebab Dengan berbarut tu dapat mengurangkan kesakitan sy untuk bergerak, kerana bila berbengkung tu pergerakan keadaan perut akan kemas. Sy juga bertungku Seperti org Bersalin Normal, untuk bagi kecut peranakkan itu penting, Pantang makan mcm org Bersalin Normal juga.. Berurut juga saya buat.. Untuk Kesihatan badan sy, 3 hari selepas keluar hospital sy dah mula berurut, cuma kalau bersalin Operate tu kena cari tukang urut yg experienced lah sebab di bahagian perut tu perlu di urut jugak. Alhamdulillah sy sihat tak sempat habis pantang sy boleh bergerak mcm biasa dah habis pantang lg la sihat boleh buat kerja rumah semua.. Memang tiada masalah..
Muhammad Syabil LuQman
3 Bulan
Syabil sangat kuat
hihihihi baru 3 Bulan
Dia dah boleh menerap
Pegalaman Ku
Muhammad Syabil LuQman
Lahir Pada : 25/09/10
Berat : 3.9kg
Lahir Pada : 25/09/10
Berat : 3.9kg
Ni la first baby sy.. Hmm pengalaman Mengandung... Seronok sangat2, mungkin sebab first baby, buat buku merah pon cepat2.. Nurse Pun terkejut baru sebulan dah datang buat Buku Merah :) excited sangat hiihihi..
sebagai pengajaran.. Nanti kalau mengandung anak no 2 masuk 4 bulan baru nak g buat Buku Merah..
Kandungan masuk 4 Bulan Takde masalah lg... Cuma Masalah Berat Badan.... Sebulan Naik 2Kg... Masuk 5 Bulan Naik 3kg..!! dengan masah Kurang Darah!! Nurse Mula bising... Saya cuba makan Beras Bassmati alhamdulillah lepastu sebulan naik tak lebih dari sekilo :) masalah kurang darah pulak, Nurse suruh makan Hati Ayam, Kerang, Daging, Ikan Bilis Dan Bayam... Tapi sy Cuma makan Kerang Dengan Sayur Bayam.. Jd darah makin Rendah,.. Hingga kandungan sy masuk 6 bulan tekanan darah sy 10.5... Mak mentua sy cadangkan saya minum Air K-link Cholorophyll.. Memang Tekanan Darah ok Terus.. naik balik 11.5.. Pada sesiapa yang ada masalah tekanan darah rendah tak suka makan ubat.. Memang sesuai minun Air Cholorophy tu...
Hari Kedua di Hospital
Menanti saat2 nak melahirkan anak... Mula turun tanda pukul 2.30pg mula rasa sakit2 jam 4.48pg sakit makin kuat rasa macam sengugut sy cuba tahan bertahan, pukul 12.30 hari baru sy mintak suami bawak pegi Hospital Slim River.. Sampai je dekat Hospital tu Nurse terus suruh masuk bilik salin baju, Nurse mula kan dengan check cm... baru 1cm, tapi time tu baby dah mula mengeras dengan kerap.. Dokte Pulak datang tngok perut sy besarrr sangat katanya.. die minta scan dulu.. keputusan scan dapt berat baby saya 4.3kg..!!! Dokter terus bg tau boleh besalin normal tp kemungkinan besar bahu baby akan patah..! Dokter cadangkan besalin operate.. sy dah dengar patah2 tu tak nak laaaa msti la kita nak anak kuar sihat,.. terus saya setuju untuk besalin Operate.. Muhammad Syabil LuQman pun selamat di keluarkan :) Baby yg besarr :)
Mengetauhuilah..
"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal"
"Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal"
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"
"Walau siapa pun kita, walau sehebat mana pun kita, walau berjaya setinggi langit pun. Tanpa doa dan restu si ibu yang melahirkan kita, maka tiadalah keberkatan hidup"
"Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe "
"Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain"
"Malam itu panjang dan jangan dipendekkan dengan tidur, Siang itu terang dan jangan digelapkan dengan dosa, Hati yang gersang, suburkanlah dengan zikrullah

Subscribe to:
Comments (Atom)